Selasa, 15 Jun 2010

hobi memasak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini merupakan hari pertama dalam hidup saya Norisyam bt Shaari menjinak-jinakkan diri menulis blog.Kira2 budak baru le ni.Sebelum ni cuma suka tgk2 blog kakak (kyongnorlida.blogsport) sebagai hiburan,ilmu,pendapat dan macam2 lagi sebab kakak saya seorang pendidik di Temerloh.so kalau ada salah silap harap di tegurlah ye. Sebelum tu mari saya pekenalkan diri terlebih dahulu. Saya merukan anak ke 6 dari 7 adikbradik.Sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata yang comel2. Anak yang sulong Muhammad Adib Bazli. Tahun ni nak ambil UPSR, yang no 2 Nur Adra Azzahrah setahun 5 bulan( lasak giler).Memang tak di nafikan memang dari kecil memang saya suka memasak.Walaupun tidak ada tunjuk ajar khusus dari mane2 pihak. Boleh dikatakan dlm keluarga saya sume pandai memasak.x taule sedap ke x sedap untuk kami sekeluarga sodappp. Tapi yang paling teror masak dah tentulah my mom.Dia pnya masakkan mana2 chef pun xleh tanding. Mengikut citer dari mak arwah opah saya pernah jadi tukang masak 'orang putih' masa zaman Jepun dulu. Masa sek men dulu saya ambil subjek ERT.Pada masa itulah saya didedahkan tentang apa itu 'masakkan',menjahit,membuat kraf dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia orang pompuan.Mula2 memang kayu sebab saya ni macam tomboy sikit.Lama2 biasale jadinya. Maka saya akan mencuba apa saja resipi asalkan 'masak'. Abih satu dapur beterabur. Kalau menjadik eksperimennya adalah hidangannya di atas meja, kalau x jadik ke dalam paritle jawabnya.. Bukan apa takuttt, mak garang u.Saya suka memasak sume jenis masakkan. x kiralah lauk-pauk ke, kuih-muih ke, biskut ke, kek ke ataupun tart ke sume jalan. Kadang2 ada yang jadik ada yang x. x taule kenapa ikut angin badan kot. Padahal resipinya sama je.jadi x jadi tetap boleh ngap.Semalam malas sangat nak masak.Nak x nak masakle juga. Almaklumle cik abang saya x suka makan kat luar. Jadi x nak menghampakan pamintaan suami tercinta masakle jugak resipi yang paling ringkas iaitu ikan singgang cicah budu, tambah ulam2 dengan telor rebus.Nampak macam x lalu,tapi licin nasi 3 pot, macam pirana. He..he..he.. Kalau sume nak tau suami saya orang jawa klang, yang saya pulak orang perak Bidor mali, tapi kami anakbranak makan apa saja jenis makanan x kira mana asal-usul asalkan halal.x memilih senang nak di bawa ke tepi ke tengah..Okeylah saya rasa cukuplah setakat ini dulu citer dari saya.Esok2 kalau ada masa kita jumpa lagi dengan citer2 yang lain..Bye2.


Mak adib dengan Zahrah

Adib dengan Zahrah masa umurnye 3 bulan

My hubby dengan anak bongsu keladinye Zahrah

Anak sulung saya.. Adib Bazli..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan